
Ikan buntal umumnya lebih memilih hidup di daerah pinggiran sungai dengan vegetasi terendam yang cukup banyak. Ukuran tubuh yang hanya memiliki panjang maksimal 10-15 cm.Tubuhnya berbentuk bulat lonjong dengan warna ekornya kekuningan. hampir di keseluruhan tubuhnya terdapat warna kuning dan di bahagian atas terdapat warna kelabu.Tidak perlu ada kebimbangan menikmati ikan buntal kerana ia tidak beracun.Ikan buntal ini terdapat di perairan kampung Manggut,Spaoh,Betong.Ikan ini lebih mudah di dapati apabila tiba musimnya iaitu pada julai hingga hujung bulan ogos kerana ikan buntal ini sejenis ikan yang berhijrah mengikut musim.
No comments:
Post a Comment